Pelajar 19 tahun ditemukan maut, teman lelaki ditahan polis
KUANTAN – Seorang pelajar perempuan berusia 19 tahun ditemukan meninggal dunia, dipercayai akibat dicekik selepas berlaku pertengkaran dengan teman lelakinya di sebuah rumah di Air Putih, di sini, awal pagi tadi.
Suspek yang juga berusia 19 tahun ditahan polis di premis berkenaan bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah, berkata pihaknya menerima panggilan daripada suspek pada pukul 4.32 pagi berhubung pertengkaran yang berlaku antara mereka.
Menurutnya, mangsa ditemukan terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas katil di tingkat bawah rumah berkenaan.
“Pemeriksaan mendapati terdapat kesan tekanan di leher mangsa dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, suspek yang berada di lokasi kejadian ketika polis tiba ditahan untuk membantu siasatan.
Berita lanjut menyusul
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








