PM balas surat jemputan murid, hantar wakil Hari Usahawan Cilik
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat meluangkan masa membalas surat seorang murid yang menjemput beliau menghadiri program Hari Usahawan Cilik di Al Sakeenah Learning Centre, semalam.
Menerusi hantaran di media sosial hari ini, Anwar turut menyampaikan penghargaan atas jemputan berkenaan dan berharap kehadiran wakilnya, Raimi Ab Rahim dapat memeriahkan program tersebut.
“Terima kasih atas suratnya. Saya harap kehadiran saudara Raimi Ab Rahim yang mewakili saya dapat menceriakan Hari Usahawan Cilik As Sakeenah semalam.
“Semoga sumbangan yang disampaikan dapat dimanfaatkan sebaiknya. Sampaikan salam saya kepada ibu dan ayah ya,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan jemputan seorang murid kepada Anwar untuk menghadiri program berkenaan tidak dapat dipenuhi secara langsung berikutan Perdana Menteri berada di Brunei.
Menerusi jemputan tersebut, murid berkenaan memanggil Perdana Menteri dengan panggilan Uncle Anwar.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








