PM terima kunjungan ahli lembaga World Scout Foundation
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Ahli Lembaga World Scout Foundation (WSF), Puteri Sama Faisal Al Saud, di pejabatnya semalam.
Menurut Anwar, kunjungan tersebut diadakan sempena penganjuran 77th World Baden-Powell Fellowship Event yang berlangsung di Kuala Lumpur mulai semalam hingga 26 Oktober ini.
“Perbincangan kami menyentuh peranan WSF dalam memperkasa generasi muda di peringkat global, termasuk inisiatif Messengers of Peace yang memberi impak positif terhadap pembangunan belia dan keamanan sejagat,” katanya dalam satu hantaran di media sosial, hari ini.
Beliau berkata, Malaysia dan Arab Saudi berkongsi aspirasi yang sama dalam memperkukuh hubungan dua hala, khususnya dalam bidang pembangunan belia, inovasi sosial dan diplomasi budaya.
“Semoga jalinan kerjasama ini terus mekar dan menjadi platform penting dalam memperkukuh nilai kemanusiaan serta perpaduan antara negara,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















