BERITA SEMASA

PM serah kunci projek PPAM Madani Dalur

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyampaikan kunci untuk projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Madani Dalur di sini.

Beliau berkata, projek pembangunan skim perumahan PPAM Madani itu bertujuan mengatasi masalah pemilikan rumah oleh kumpulan B40 dan M40 khusus penjawat awam.

“Secara keseluruhan, kerajaan menyasarkan pembinaan 200,000 unit kediaman untuk penjawat awam di seluruh negara dengan harga rumah mampu milik di bawah RM300,000.

“Alhamdulillah di Putrajaya, setakat ini sejumlah 9,480 unit PPAM Madani sudah siap untuk didiami dengan sumbangan nilai subsidi RM25,000 sehingga RM38,000 seunit bergantung kepada saiz rumah,” katanya dalam majlis tersebut hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau suasana dalam PPAM Madani Dalur

Dalam pada itu, Anwar turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga di atas sokongan serta komitmen semua pihak yang terlibat dalam projek pembangunan ini.

Beliau berkata, Kerajaan Perpaduan akan sentiasa cakna dengan suara rakyat khusus terkait dengan keperluan pemilikan kediaman yang selesa dan berpatutan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button