BERITA SEMASA

Mangsa provokasi di Dataran Putrajaya tampil buat laporan polis

PUTRAJAYA – Seorang pengguna media sosial yang mendakwa dirinya menjadi mangsa provokasi ketika kejadian rusuhan di Putrajaya semalam tampil membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan.

Pengguna yang menggunakan akaun @madmunchkin446 itu berkata, laporan polis sudah dibuat selain menyeru individu lain yang cedera atau terlibat dalam kejadian itu supaya tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Menerusi perkongsian di Threads, dia mendakwa lelaki terbabit melakukan provokasi terhadap orang awam dan anggota polis selain mengeluarkan kata-kata kesat serta mengancam keselamatan.

“Dah settle buat report polis. Anyone yang ada cedera atau terlibat dengan kejadian rusuhan di Putrajaya semalam, boleh buat report.

“Jangan risau kes ni memang dah sampai pada pihak berkuasa. Dan saya adalah salah seorang mangsa yang diprovok semasa kejadian,” katanya.

Perkongsian itu turut mendapat sokongan pengguna lain yang mendakwa berada di lokasi kejadian.

Hi sis, saya yang duduk belakang sis yang botol air sis jatuh tu. Good job sis. Nanti pun saya nak buat report juga,” komen @farkhanana.

“Kepada abang berbaju coklat yang buat rusuhan semalam, kali ini abang dah tak perlu jerit dan marah-marah abang polis untuk masuk lompat pintu besi.

“Sebab abang akan dapat layanan VIP red carpet untuk terus masuk ke dalam pintu besi di balai polis yang berkenaan,” komen @daniel_dzulqarnain.

“Orang datang duduk tenang-tenang, dia menggelabah datang terus jerit-jerit. Polis kata pukul 7 baru buka tempat duduk. Dia tak tahu tengok jam ke? Acah taiko,” tulis @rafisahanum.

Terdahulu, tular video di media sosial mengenai tindakan seorang lelaki berbaju coklat yang mencetuskan provokasi apabila cuba melompat pagar untuk masuk ke tempat duduk ketika sambutan Hari Kebangsaan ke-69  di Dataran Putrajaya semalam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button