‘Abang baju coklat’ cetus provokasi sewaktu Hari Kebangsaan direman satu hari
PUTRAJAYA- Seorang lelaki yang didakwa mencetuskan provokasi sehingga berlaku insiden tolak-menolak pada sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya kelmarin, direman selama satu hari bermula hari ini.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas polis membuat permohonan berhubung penahanan suspek.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asistan Komisioner Aidi Sham Mohamed mengesahkan perkara itu ketika dihubungi.
“Suspek direman selama satu hari bermula hari ini. Belum pasti bila akan tuduh, kena tunggu Timbalan Pendakwa Raya dahulu,” katanya memetik laporan Kosmo! Online.
BACA JUGA:
Lelaki terlibat provokasi sambutan Hari Kebangsaan diminta hadir ke IPD Putrajaya
Mangsa provokasi di Dataran Putrajaya tampil buat laporan polis
Semalam, polis meminta lelaki tular yang turut dikenali sebagai ‘abang baju coklat’ itu hadir Ibu Pejabat Polis Putrajaya bagi membantu siasatan.
Aidi Sham Mohamed sebelum ini dilaporkan berkata, lelaki berkenaan diminta tampil memberi keterangan selepas pihaknya menerima empat laporan berkaitan kejadian provokasi tersebut.
Terdahulu, tular video di media sosial mengenai suspek yang didakwa merempuh dan menolak orang awam yang sedang menunggu pembukaan pagar tempat duduk sehingga berlaku tolak-menolak dan beberapa individu terjatuh.
Kes akan disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








