Kelantan umum bantuan khas RM1,500 untuk penjawat awam
KOTA BHARU – Penjawat awam kerajaan negeri Kelantan bakal menerima Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM1,500, membabitkan peruntukan keseluruhan RM7.13 juta.
Menteri Besar, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, bantuan itu diberikan kepada semua penjawat awam negeri daripada Gred Utama B dan ke bawah, termasuk kakitangan berstatus kontrak.
Menurut beliau, pembayaran akan dibuat dalam dua peringkat, iaitu sebelum Hari Raya Aidilfitri dan menjelang ambang Hari Kebangsaan.
“Bantuan itu merupakan tanda penghargaan kerajaan negeri terhadap sumbangan dan dedikasi penjawat awam yang memainkan peranan penting dalam menjayakan agenda pembangunan negeri serta memenuhi keperluan rakyat.
“Ia turut dipanjangkan kepada lantikan politik dengan kadar bantuan ditentukan oleh kerajaan negeri,” katanya memetik Kosmo!
Beliau berkata demikian ketika Persidangan Kali Ketiga Belanjawan Dewan Undangan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini, hari ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







