BERITA SEMASA
Kuala Krai, Jeli kembali dilanda banjir
KOTA BHARU – Kawasan Kuala Krai kembali dilanda banjir hari ini susulan kawasan di Dabong dinaiki air akibat hujan lebat sejak semalam.
Setakat ini, jumlah penduduk yang dipindahkan adalah seramai 22 mangsa daripada tujuh keluarga yang berlindung di Sekolah Kebangsaan Sri Mahligai.
Sebelum ini, semua pusat perlindungan sementara (PPS) di daerah berkenaan sudah ditutup kelmarin selepas situasi banjir pulih sepenuhnya.
Malam tadi, Jeli kembali dilanda banjir dengan satu PPS dibuka semula susulan hujan lebat sejak petang semalam.
Seramai 19 mangsa membabitkan empat keluarga dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Balah.
Sebelum ini, PPS Jeli sudah ditutup sejak tiga hari lalu selepas banjir di daerah berkenaan pulih sepenuhnya.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








