Lima rakyat Palestin maut dalam serangan Israel di Gaza
GAZA CITY – Sekurang-kurangnya lima rakyat Palestin terbunuh dalam beberapa serangan terbaharu Israel di Semenanjung Gaza pada Rabu, manakala puluhan lagi dilaporkan cedera.
Jurucakap Pertahanan Awam Gaza, Mahmoud Bassal berkata, tiga mangsa terbunuh dalam serangan dron di Rafah, selatan Gaza, yang turut mencederakan sekurang-kurangnya 15 orang.
Menurut beliau, sebuah hospital tempatan menerima tiga jenazah serta 15 mangsa yang cedera.
“Seorang daripada mereka kemudian meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami.
“Seorang lagi rakyat Palestin turut terbunuh dalam serangan di Khan Yunis, juga di selatan Gaza, menjadikan jumlah korban dalam serangan terbaharu itu sekurang-kurangnya lima orang,” katanya kepada agensi berita antarabangsa.
Serangan berkenaan berlaku sehari selepas rakyat Israel mengundi dalam pilihan raya sengit yang gagal memutuskan pemenang jelas.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan lebih 1,500 rakyat Palestin terbunuh di wilayah itu sejak gencatan senjata berkuat kuasa tahun lalu.
Angka berkenaan turut dianggap boleh dipercayai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Sejak tercetusnya konflik pada 7 Oktober 2023, kempen ketenteraan besar-besaran Israel telah memusnahkan sebahagian besar Gaza dan mengorbankan lebih 74,500 orang.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








