Ketua pembangkang Israel desak kerajaan tamatkan kempen di Gaza
TEL AVIV – Ketua pembangkang Israel menyeru Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu supaya menamatkan kempen ketenteraan di Tebing Gaza susulan pengumuman gencatan senjata dengan Iran.
Menurut Yair Lapid, Israel kini perlu fokus kepada pembinaan semula negara.
“Dan sekarang Gaza. Inilah masanya untuk menamatkannya di sana juga.
“Pulangkan para tebusan, tamatkan perang. Israel perlu mula membina semula,” kata Lapid dalam hantaran di akaun X miliknya, hari ini.
Terdahulu kerajaan Israel mengesahkan ia telah bersetuju dengan cadangan gencatan senjata anjuran oleh Amerika Syarikat (AS) selepas hampir dua minggu terlibat dalam konflik ketenteraan secara langsung dengan Iran.
“Israel mengucapkan terima kasih kepada Presiden Trump dan Amerika Syarikat atas sokongan mereka dalam aspek pertahanan serta penglibatan mereka dalam menghapuskan ancaman nuklear Iran.
“Memandangkan objektif operasi telah dicapai, dan dengan penyelarasan penuh bersama Presiden Trump, Israel bersetuju dengan cadangan presiden untuk gencatan senjata dua hala,” kata kenyataan itu, hari ini.
Israel bagaimanapun menegaskan, pihaknya akan bertindak balas dengan tegas terhadap sebarang pelanggaran gencatan senjata.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








