MPP PKR tolak perletakan jawatan Nurul Izzah – Fahmi
KUALA LUMPUR – Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR memutuskan untuk menolak peletakan jawatan Nurul Izzah Anwar sebagai Timbalan Presiden parti itu, sebaliknya memberikan beliau ruang untuk meneruskan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD).
Menteri Komunikasi merangkap Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu dibuat selepas Nurul Izzah meminta masa untuk meneruskan diri dan menyiapkan pengajian PhD.
“Dalam mesyuarat MPP telah memutuskan kita tidak menerima perletakan jawatan beliau, memundur diri dan telah kerana beliau meminta masa untuk seperti kedataan beliau sendiri untuk antara lain menerus diri dan juga menyiapkan, meneruskan pendidikan PHD.
“Jadi kita beri beliau masa dan tugas dan tanggungjawab fungsi-fungsi Timbalan Presiden akan digalas oleh Naib Presiden, Datuk Seri Saifuddin Nasution.
“Jadi kerja tetap berjalan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Konvensyen PIBG Internet Selamat 2026 peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung keputusan Nurul Izzah untuk melepaskan jawatan Timbalan Presiden PKR yang dilaporkan dibuat bagi membolehkan beliau meneruskan pengajian lanjutan berteraskan khidmat dan bakti tanpa semestinya terikat dengan dunia politik.
Mengulas lanjut, Fahmi berkata, keputusan berkenaan tidak menjejaskan kelancaran perjalanan parti kerana fungsi dan tanggungjawab Timbalan Presiden akan dilaksanakan oleh Saifuddin Nasution.
“Tak menjejaskan parti kerana Nurul Izzah kekal sebagai anggota parti dan akan terus membantu parti dalam perjuangan,” katanya.
Pentas politik negara sebelum ini dikejutkan dengan hasrat peletakan jawatan Nurul Izzah walaupun baru setahun menyandang jawatan Timbalan Presiden PKR selepas pemilihan parti.
Bagaimanapun, MPP PKR memutuskan untuk memberikan beliau cuti sementara, manakala fungsi Timbalan Presiden akan dipangku oleh Naib Presiden, Saifuddin Nasution.
Nurul Izzah juga dilaporkan akan merasmikan Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang dijadual berlangsung pada 14 Ogos ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








