POLITIK

PKR tidak lindungi ahli terlibat rasuah, salah laku – Fahmi

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan tidak akan melindungi mana-mana ahlinya termasuk Ahli Parlimen yang didapati terlibat dalam salah laku atau jenayah rasuah.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pendirian itu selari dengan prinsip yang sering ditegaskan Presiden parti merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, PKR juga bersedia memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa susulan dakwaan membabitkan ahli parti itu dalam isu penyelewengan dana berjumlah RM10 juta.

“Kepimpinan PKR setakat ini sudah dimaklumkan mengenai laporan berita yang memuatkan dakwaan berkenaan.

“Kita menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut sekiranya terdapat sebarang salah laku,” katanya pada sidang media sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-219 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) hari ini.

Beliau berkata, parti itu tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan dan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada agensi penguat kuasa.

“Kita tidak akan melindungi mana-mana individu sekiranya terbukti melakukan kesalahan,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button