
Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini di Putrajaya; Hari Malaysia di Sabah
PUTRAJAYA – Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 pada 31 Ogos tahun ini akan diadakan di Putrajaya.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, penentuan lokasi itu diputuskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.
“Perincian mengenai tema, logo dan sebagainya akan diumum pada satu majlis kelak,” katanya dalam satu sidang akhbar, di sini hari ini.
Tambah Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan, sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan pula akan diadakan di Sabah.
Lokasi khusus sambutan terbabit akan diumumkan selepas mesyuarat pertama yang akan dipengerusikan beliau bersama Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew.
Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan pada 16 September tahun lalu diadakan di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak yang juga menggunakan tema sama dengan Hari Kebangsaan 2023 yang diadakan di Putrajaya iaitu “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan”
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








