Pengulas sukan terkenal, Shaukei Kahar diuji penyakit jantung, 3 salur darah tersumbat
PUTRAJAYA – Pengulas sukan terkenal, Shaukei Kahar kini diuji dengan penyakit jantung selepas tiga saluran arteri di jantungnya tersumbat.
Menurut anak keduanya, Adilah Shaukei, ayahnya kini menunggu untuk tarikh pembedahan yang dijadualkan pada bulan Jun ini.
“Tiga saluran arteri ayah tersumbat – 90 peratus, 90 peratus dan yang ketiga, 60 peratus.

“Doktor cadangkan untuk bypass tapi dia tak nak sebab proses nak baik pulih ambil masa yang lama dan pasca pembedahan itu akan memberi kesan kepada peti suaranya.
“Jadi pada Jun ini doktor akan membuat prosedur pemasangan stent jantung di Hospital Serdang,” katanya kepada Malaysia Tribune.

Terdahulu Adilah mewakili ayahnya menerima sumbangan Tabung Kasih@HAWANA sempena
Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Penggiat Media dan Pempengaruh di Seri Perdana di sini hari.
Dalam majlis itu seramai
10 penggiat dan veteran media yang sedang menghadapi kesulitan hidup menerima sumbangan tersebut yang disampaikan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.
Dalam pada itu Adilah berkata, ayahnya masih aktif dalam bidang tersebut dan terlibat sebagai freelancer.
Namun katanya, disebabkan penyakit yang ditanggungnya, bekas pengulas sukan di RTM itu memilih untuk mengundurkan diri seketika dan hanya memilih tugas yang sesuai.
Sementara itu, Adilah turut merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan yang diberikan menerusi Tabung Hawana kepada ayahnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








