BERITA SEMASA

Kerajaan tiada hubungan dengan sayap ketenteraan Hamas – Fahmi

PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia tiada hubungan dengan sayap ketenteraan Hamas, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Walaubagaimanapun, katanya, beberapa parti politik dalam negara mempunyai hubungan dengan sayap politik organisasi tersebut atas dasar perjuangan membela dan menubuhkan sebuah negara Palestin.

“Bagi pihak kerajaan sudah pasti dengan pendirian yang jelas, kita mengambil tindakan yang dirasakan wajar dan tidak bertentangan dengan prinsip undang-undang dan prinsip kita dan pegangan kita iaitu dari sungai hingga segara, Palestin pasti merdeka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media mingguan di bangunan Kementerian Komunikasi di Putrajaya hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil kesempatan bertemu delegasi Hamas yang diketuai pimpinan utamanya, Ismail Haniyeh, di Doha baru-baru ini.

Dalam pertemuan tersebut, Perdana Menteri menyampaikan ucapan takziah kepada Ismail yang kehilangan ahli keluarga dalam pengeboman kejam rejim Zionis.

Menurut Anwar, beliau mengakui pertemuan itu berkemungkinan akan menimbulkan keresahan dalam kalangan rakan-rakan Malaysia khususnya dari Barat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button