BERITA SEMASAHIBURANPOLITIK

Selari dengan perjuangan PKR banteras rasuah, orang ramai disaran tonton filem Sheriff

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyarankan orang ramai untuk menonton filem arahan Syafiq Yusof berjudul Sheriff: Narko Integriti di pawagam.

Fahmi berkata, filem itu yang memaparkan isu lawan rasuah selari dengan dasar perjuangan PKR sejak ditubuhkan 25 tahun lalu.

“Filem yang menfokuskan operasi membasmi rasuah itu sinonim dengan semangat perjuangan PKR yang memerangi budaya rasuah daripada terus berleluasa di negara ini.

“Saya baharu tonton filem Sheriff. Kalau yang belum kena tonton, kita adalah kumpulan lawan rasuah. Jadi kita kena sokong sebab filem ini memaparkan isu lawan rasuah,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri Karnival Ulang Rahun Ke-25 PKR di sini.

Karnival itu meriah dengan sesi sembang santai bersama tiga pimpinan PKR termasuk penyanyi rap dan komposer terkenal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau Altime.

Acara itu turut disertai oleh Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Dr.Zaleha Mustafa.

Setakat ini, Sheriff terus mendominasi pawagam dengan mencatat kutipan lebih RM52 juta dalam tempoh 22 hari tayangan di seluruh negara.

Filem kerjasama dengan Kementerian Komunikasi itu dijangka mampu memecahkan rekod filem Polis Evo 3 dengan pungutan berjumlah RM54.1 juta ketika ditayangkan tahun lepas yang juga arahan Syafiq.

Melihat potensi, karya arahan terbaharu anak Datuk Yusof Haslam itu mempunyai peluang cerah memadamkan rekod dipegang filem arahan abangnya, Syamsul Yusof iaitu Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan (RM97 juta) yang ditayangkan tahun 2022 lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button