BERITA SEMASA

Remaja 16 tahun ke bawah disekat miliki akaun media sosial mulai tahun depan

KUALA LUMPUR – Remaja berusia 16 tahun ke bawah akan dilarang mempunyai akaun media sosial sendiri mulai tahun hadapan.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, larangan tersebut bertujuan mengekang jenayah siber rentas usia termasuk melindungi kanak-kanak daripada pemangsa seksual.

“Ini keputusan Kabinet (larangan kanak-kanak bawah 16 tahun miliki akaun media sosial).

“Kita harap menjelang tahun depan, platform-platform media sosial akan akur dengan keputusan kerajaan untuk melarang kanak-kanak bawah 16 tahun membuka akaun media sosial,” katanya.

Fahmi berkata demikian selepas hadir pada majlis penutup Seminar Kesedaran Penipuan Siber khusus untuk komuniti India di Pusat Komuniti Lembah Pantai, di sini hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button