BERITA SEMASA

Pakej istimewa telekomunikasi petugas media, KKD akan bincang dengan syarikat pengendali

DENGKIL – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan berbincang dengan syarikat pengendali telekomunikasi mengenai pakej pasca bayar khusus buat petugas media.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, beliau akan berbincang dengan pengendali telekomunikasi pagi esok.

“Saya akan bincang dengan pihak Telco perbincangan itu pagi esok jadi kita tunggu keputusan sebab dia adalah usaha bersama, insya-Allah kita akan usahakan dan bangkitkan, tengok mereka setuju ataupun tidak.

“Saya akan cuba bincang esok tapi kalau tidak pun insya-Allah kita akan umumkan pada pakej yang akan datang kerana pengumuman ini bersifat berkala, dan sejak bulan Mac kita telah berjaya umum hampir setiap bulan tentang pakej baharu ataupun pengurangan harga,” kata Fahmi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Watikah Penubuhan Komuniti Madani Zon Selatan Negeri Selangor, di sini hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button