BERITA SEMASA

HPUSM catat sejarah, hospital pertama di Pantai Timur guna teknologi Inari FlowTriever rawat darah beku paru-paru

KOTA BHARU – Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) mencatat sejarah apabila menjadi hospital pertama di Pantai Timur berjaya melaksanakan prosedur rawatan darah beku dalam arteri paru-paru menggunakan teknologi Inari FlowTriever (IFT).

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan memaklumkan, teknologi berkenaan membolehkan darah beku dikeluarkan daripada saluran darah tanpa memerlukan penggunaan ubat pencair darah, sekali gus mengurangkan risiko pendarahan serta meningkatkan keselamatan dan keberkesanan rawatan.

Menurut KPT, penggunaan teknologi IFT turut berpotensi mempercepatkan proses pemulihan pesakit, mengurangkan komplikasi serta memendekkan tempoh rawatan berbanding kaedah konvensional.

“Kejayaan ini mengukuhkan peranan Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai antara peneraju awal dalam penggunaan teknologi perubatan maju di Pantai Timur,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

KPT berkata, pencapaian itu mencerminkan komitmen berterusan institusi pengajian tinggi awam dalam memperkasa inovasi serta penyampaian perkhidmatan kesihatan berkualiti demi manfaat rakyat.

Teknologi Inari FlowTriever merupakan antara inovasi terkini dalam rawatan embolisme pulmonari yang direka untuk menyingkirkan darah beku secara mekanikal, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada rawatan ubat pencair darah yang berisiko menyebabkan pendarahan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button