UM naik ke ranking 56 dunia, kekal universiti terbaik di Malaysia
PUTRAJAYA – Sebanyak 32 universiti Malaysia tersenarai di QS WUR 2027, lima universiti di kelompok 160 terbaik dunia, sekali gus melakar pencapaian baharu bagi sektor pendidikan tinggi negara.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam satu hantaran di Facebook berkata, pencapaian itu membuktikan kualiti pendidikan tinggi Malaysia mendapat pengiktirafan antarabangsa hasil komitmen berterusan warga akademik, penyelidik, dan pelajar institusi pengajian tinggi negara.
“Lebih membanggakan, lima universiti tempatan berjaya menembusi kelompok 160 universiti terbaik dunia dalam penarafan tersebut,” menurut kenyataan itu.
Kejayaan ini dipacu oleh Universiti Malaya (UM) yang berada di kedudukan ke-56 dan Universiti Sains Malaysia (USM) di kedudukan ke-128.
Selain itu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) turut tersenarai di kedudukan ke-130, diikuti Universiti Putra Malaysia (UPM) di kedudukan ke-138 serta Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang menduduki kedudukan ke-158.
“Pencapaian ini mencerminkan kecemerlangan, daya saing dan pengiktirafan global terhadap kualiti pendidikan tinggi Malaysia, hasil komitmen berterusan seluruh warga akademia, penyelidik, pelajar dan pemegang taruh sektor pendidikan tinggi negara,” tambah hantaran itu.
KPT mengucapkan tahniah kepada semua universiti di Malaysia atas kejayaan yang membanggakan ini.
KPT berharap pencapaian tersebut menjadi pemangkin bagi warga pendidikan tinggi untuk terus memperkasa kecemerlangan sekali gus mengangkat nama Malaysia di persada dunia.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















