PMX

Malaysia teliti amalan terbaik Singapura bagi penganjuran Formula 1

KUALA LUMPUR – Malaysia akan meneliti pengalaman serta amalan terbaik Singapura bagi memastikan penganjuran Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Oktober ini berlangsung dengan cemerlang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha itu diterjemahkan menerusi pertemuannya dengan Pengarah Eksekutif Grand Prix Singapura, Michael Roche bagi mendapatkan perkongsian pengalaman negara jiran itu dalam menganjurkan perlumbaan Formula Satu bertaraf dunia.

Beliau berkata, penganjuran perlumbaan berprestij itu diyakini mampu membawa limpahan ekonomi yang besar menerusi peningkatan sektor pelancongan, peluang pekerjaan, aktiviti perniagaan serta mengukuhkan keyakinan pelabur.

Katanya, acara itu juga dijangka menyemarakkan lagi kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Insya-Allah, kita komited memastikan penganjuran ini bukan sahaja memenuhi piawaian antarabangsa, malah mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab sukan permotoran serantau serta membawa manfaat yang meluas kepada rakyat dan ekonomi negara,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix dijadual berlangsung dari 2 hingga 4 Oktober 2026.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button