BERITA SEMASA

Remaja perempuan cedera bergaduh di Dataran Melang, polis buka siasatan

KUALA PILAH – Polis membuka siasatan berhubung kejadian pergaduhan membabitkan tiga remaja perempuan di Dataran Melang di sini yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada Rabu lalu.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku apabila seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun pergi ke Dataran Melang bersama abangnya untuk bertemu dua kenalan bagi menyelesaikan salah faham susulan penyebaran gambarnya di media sosial.

“Ketika pertemuan itu, berlaku pergelutan antara pengadu dengan dua individu terbabit sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan.

“Remaja berkenaan kemudian pulang ke rumah bersama ahli keluarganya sebelum dia dan bapanya pergi ke kediaman salah seorang individu terbabit pada Khamis lalu untuk berbincang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhamad Mustafah berkata, polis memandang serius kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar pergaduhan serta semua pihak yang terbabit.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah di talian 06-48429999 atau Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah, Sarjan Shamsuldalila Mohamad di talian 011-10129038 atau mana-mana balai polis berdekatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button