BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Setiausaha Politik PM selar kekasaran anggota DBKL terhadap peniaga belon

PUTRAJAYA – Timbalan Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Kamil Abdul Munim menyelar pergaduhan melibatkan peniaga belon dengan anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Tunku Abdul Rahman malam tadi.

Dalam satu kenyataannya di aplikasi X, Setiausaha Politik Perdana Menteri itu menyifatkan perbuatan anggota penguatkuasa itu keji dan tidak boleh diterima.

Tegasnya, walau apa pun alasan yang diberikan, tidak ada apa yang boleh menghalalkan tindakan keji dan biadab seperti itu.

“Apa erti berpuasa dan beramal di bulan Ramadan sekiranya ia gagal memanusiakan kita serta tidak mempaculkan sikap ihsan dan belas pada yang tidak berkemampuan.

“Ramadan mesti memperteguh sikap kemanusiaan dan meningkatkan tahap keperibadian,” katanya.

Muhammad Kamil Abdul Munim

Muhammad Kamil berkata, sementara pihak berkuasa berkenaan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara itu, beliau menggesa siasatan segera dijalankan terhadap mereka yang terlibat.

Terdahulu, tindakan penguat kuasa DBKL terhadap peniaga belon dipercayai tanpa lesen di kawasan itu dikecam warganet kerana dilihat keterlaluan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button