Aduan banjir kilat di pintu masuk Universiti Malaya palsu – DBKL
KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan dakwaan berlakunya banjir kilat di hadapan pintu masuk Universiti Malaya seperti yang tular di media sosial TikTok oleh pengguna AnokKelateBarat47.
Menurut DBKL, hantaran video tersebut tidak benar dan berpotensi menimbulkan keresahan awam serta mencemarkan usaha berterusan pihak berkuasa dalam memastikan kesejahteraan warga kota.
“Pemeriksaan segera oleh Skuad Penyelamat DBKL mendapati tiada sebarang kejadian banjir kilat berlaku di kawasan berkenaan,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.
DBKL menegaskan pihaknya sentiasa bertindak pantas dalam memantau keadaan cuaca serta melaksanakan langkah mitigasi banjir di seluruh ibu kota.
“Komitmen ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk melindungi keselamatan awam, memperkukuh keyakinan masyarakat dan menjaga imej Kuala Lumpur sebagai bandar raya terurus,” kata kenyataan itu lagi.
Dalam pada itu, DBKL menyeru orang ramai agar lebih berhati-hati sebelum berkongsi maklumat yang belum disahkan kesahihannya bagi mengelakkan kekeliruan dan kegusaran tidak berasas.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







