BERITA SEMASAKEMENTERIAN PERTAHANAN

MINDEF arah siasatan segera tragedi letupan grenad, latihan digantung sementara

KOTA TINGGI – Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengarahkan Tentera Darat Malaysia (TDM) menyegerakan siasatan berhubung insiden letupan grenad yang mengorbankan dua anggotanya di Kem Hobart, Gurun, Kedah, Selasa lalu, selain menggantung semua latihan melibatkan penggunaan bom tangan sehingga siasatan selesai.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keputusan itu diambil bagi membolehkan siasatan menyeluruh dijalankan sebelum sebarang latihan berkaitan diteruskan.

Menurut beliau, mengikut prosedur operasi standard (SOP), bom tangan yang pin keselamatannya telah dicabut perlu dibaling dalam tempoh tujuh saat.

“Mungkin apa silap dekat situ (semasa kejadian) kena siasat. Adakah yang terlibat itu (mangsa) darah gemuruh ke apa (sebaliknya)? Apapun apabila cabut pin dalam masa tujuh saat mesti baling. Itu sebabnya kita kena siasat (punca).

“Saya tidak mahu membuat andaian, kita siasat dulu. Saya harap apabila selesai (laporan siasatan) mereka akan hantar kepada saya. Jadi saya harap ia dapat disegerakan,” katanya memetik laporan Kosmo! Online.

Terdahulu, media melaporkan dua anggota Tentera Darat Malaysia, Koperal Norazmi Abu Bakar, 40, dan Prebet Siti Khadijah Sungip, 24, maut dalam kejadian letupan bom tangan ketika menjalani latihan grenad di Kem Hobart, Gurun.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button