JENAYAH & MAHKAMAH

Polis siasat insiden kebakaran rumah Rohingya, dipercayai akibat serangan ‘molotov cocktail’

KULAI – Polis membuka dua kertas siasatan susulan kebakaran rumah di petempatan etnik Rohingya di Kulai Besar, pagi tadi, dipercayai akibat dilempar molotov cocktail.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, tiada sebarang kecederaan lain dilaporkan susulan insiden berkenaan.

“Kami mengesahkan telah menerima laporan berhubung kebakaran di petempatan berkenaan pada jam 1.30 pagi, Selasa (13 Okt),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan tindakan itu dilakukan sebagai tindak balas terhadap penularan dua video yang mengandungi unsur perkauman.

Ab Rahaman berkata, seorang lelaki Rohingya berusia 30-an turut membuat laporan polis bagi menafikan penglibatannya dalam video tular berkenaan.

“Lelaki itu mendakwa gambarnya telah digunakan oleh pihak lain untuk menghasilkan video tersebut,” katanya lagi.

Ab Rahaman berkata kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau dalam amsa sama turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau ulasan yang boleh mengganggu atau menjejaskan proses siasatan.

Beliau turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes tersebut supaya tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi talian hotline Polis Johor di 019-279 2095, atau bilik gerakan Polis Johor di talian 07-221 2999.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button