Polis rakam keterangan dua individu
Susulan penemuan keratan mayat wanita dalam bagasi di Kulai, Johor
CYBERJAYA – Pihak Polis sudah merakam keterangan dua individu berhubung penemuan mayat wanita dalam bagasi yang ditemukan berhampiran sebuah perhentian bas di Kulai, Johor minggu lalu.
Laporan Harian Metro menyebut, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat sebagai berkata, dua individu tersebut adalah pemberi maklumat dan orang yang membuat laporan polis mengenai penemuan berkenaan.
Katanya, pihaknya berharap mendapat petunjuk baharu dalam laporan bedah siasat oleh pihak hospital dalam masa terdekat.
“Setakat ini, kita tidak mendapat petunjuk yang jelas untuk memudahkan siasatan dijalankan, tambahan pula cap jari mangsa itu tidak dapat dikesan.
“Apa yang kita tahu ketika ini, mangsa tidak mempunyai bekas suntikan Bacillus Calmette-gurin (BCG) di lengan, ada kemungkinan mangsa warga asing, (tapi) kita belum dapat tentukan secara tepat lagi.
“Kita hanya boleh menunggu laporan penuh bedah siasat, cepat atau lambat itu bergantung kepada pihak hospital,” katanya selepas majlis khatam al-Quran dan berbuka puasa IPK Johor 2023, semalam.
Pada 12 April lalu, polis menerima maklumat penemuan mayat wanita dianggarkan berusia 25 tahun, yang dikerat kepada beberapa bahagian dan dimasukkan ke dalam bagasi.
Pemeriksaan awal menunjukkan terdapat kesan kecederaan di bahagian kepala dipercayai akibat dipukul menggunakan objek tumpul.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















