Lelaki ditemukan maut dalam kereta meninggal dunia akibat keracunan gas karbon monoksida
GEORGETOWN – Lelaki tempatan yang ditemukan maut di dalam kereta di hadapan kedai aiskrim di Jalan Sungai Dua, di sini semalam, disahkan meninggal dunia akibat keracunan gas karbon monoksida.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake, punca kematian lelaki berusia 37 tahun itu diperoleh hasil bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang, di sini hari ini, lapor BERNAMA.
“Mangsa juga dipercayai telah meninggal dunia kira-kira lima hari sebelum jasadnya ditemukan semalam.
“Tiada unsur jenayah dikesan. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan satu Laporan Mati Mengejut telah dibuka untuk siasatan lanjut,” katanya.
Mangsa yang juga jurutera dipercayai tertidur di dalam kereta tanpa mematikan enjin kenderaan.
Semalam, jasad lelaki yang berasal dari Ayer Itam ditemukan dalam keadaan berpakaian kemas dan berbaring di tempat duduk pemandu kereta milik isterinya yang dikunci dari dalam pada pukul 11.47 pagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















