Wanita hilang ditemukan meninggal dunia dalam kereta
KUCHING – Seorang wanita yang dilaporkan hilang di Tabuan Jaya sejak Sabtu lalu ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta yang diparkir di sebuah pusat beli-belah, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan jasad mangsa berusia 24 tahun itu daripada orang awam kira-kira pukul 1.55 petang semalam.
“Si mati dijumpai dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia oleh paramedik dari Hospital Umum Sarawak (HUS).
“Si mati merupakan orang yang dilaporkan hilang di kawasan Tabuan Jaya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tambahnya, jasad mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik HUS untuk bedah siasat.
“Siasatan awal di tempat kejadian tidak menemukan sebarang unsur jenayah,” katanya lagi.
Alexson kemudiannya berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk menghubungi Ketua Balai Polis Sekama, ASP Simon Renang di talian 016-8547803 dan Balai Polis Sekama di talian 082 332522 atau tampil di balai polis berhampiran.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






