JENAYAH & MAHKAMAH

Siasatan SPRM: Lima pegawai kanan Sivakumar dipercayai dipecat

KUALA LUMPUR – Lima pegawai kanan kepada Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar dipercayai dipecat susulan penahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Memetik laporan Malaysia Gazette, keputusan drastik itu dilakukan dalam mesyuarat Kabinet kelmarin termasuk penukaran seorang lagi penjawat awam ke jabatan lain secara serta-merta.

“Kerajaan amat serius dalam menangani isu rasuah, isu yang baru ini sememangnya mengejutkan lagi-lagi adanya dakwaan rasuah, salah guna kuasa dalam pejabat Menteri melibatkan pegawai-pegawai kanan menteri.

”Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan sesekali berkompromi dengan isu seperti ini. Menteri juga begitu kerana itu adanya cleaning up.

“Kita telah difahamkan lima pegawai lantikan telah ditamatkan kontrak sementara seorang ditukar ke JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam). Mereka ini tidaklah dipecat begitu sahaja, dua daripada mereka pernah ditahan SPRM untuk beberapa hari. Juga isu kerja, prestasi tidak begitu baik.

Related Articles

“Masing-masing sudah diberikan surat pemberhentian dan penukaran jabatan, kita tunggu kenyataan rasmi,” katanya.

MalaysiaGazette sedang cuba mendapatkan pengesahan berita namun belum mendapat sebarang maklum balas setakat ini.

Dalam pada itu, seorang lagi sumber yang berada di KSM berkata, khabar angin ini belum dapat disahkan oleh mana-mana pihak.

“Kita tunggu esok sahaja, baru kita akan tahu. Memang cerita ini bertiup kencang sejak malam tadi lagi, semua terkejut tapi belum tahu apa-apa lagi,” ujarnya.

Sebelum ini, Sivakumar pernah bertindak menggantung tiga pegawai kanan termasuk setiausaha sulit kanan dan seorang pegawai tugas-tugas khas yang ditahan SPRM berhubung siasatan rasuah terhadap kelulusan pekerja asing.

Carian MalaysiaGazette dalam sistem direktori kakitangan KSM menunjukkan nama-nama pegawai ‘lama’ masih lagi tertera.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button