Serang KTV: Dendam peribadi dikenal pasti motif kejadian
KUALA LUMPUR – Dendam peribadi antara pemilik dan pesaing perniagaannya dikenal pasti sebagai punca kejadian serangan yang berlaku ke atas sebuah pusat hiburan di Taman Shamelin, dekat Cheras, Ahad lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, siasatan awal mendapati, serangan pada waktu tengah hari itu dilakukan sebahagian individu terdiri daripada ahli kumpulan kongsi gelap yang diupah oleh pihak berkepentingan.
“Hasil siasatan awal kita mendapati, pemilik premis hiburan KTV ini menggunakan khidmat kumpulan kongsi gelap bagi mengawasi aktiviti pengoperasiannya dan kesan daripada masalah dendam dan persaingan akibat perniagaan menjadi punca kepada serangan dan rusuhan yang berlaku.
“Pada masa ini siasatan lanjut masih dijalankan dan kita sedang mengesan sebahagian lagi individu yang turut terbabit dalam serangan ini,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, petang tadi.
Setakat ini, 45 individu termasuk dua pelajar sekolah berusia antara 14 hingga 57 tahun berjaya ditahan hasil operasi dijalankan polis sejak kelmarin hingga tengah malam tadi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |













