158 ahli BAKAT sertai Program Taklimat Kemahiran Keluarga Tentera (K2T)
KUALA LUMPUR – Seramai 158 orang ahli Badan Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) menghadiri jelajah kedua Program Taklimat Kemahiran Keluarga Tentera (K2T) BAKAT & Anak-Anak ATM yang berlangsung di Dewan Dato’ Othman Harun, Kem Wardieburn, baru-baru ini.
Program itu merupakan kerjasama strategik antara Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan tajaan Pharmaniaga Berhad.
Program itu menyasarkan ahli BAKAT dalam pelaksanaan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) bagi kursus jangka masa pendek yang berteraskan kemahiran, dengan tujuan untuk meningkatkan taraf sosioekonomi keluarga ATM, menurut kenyataan di Facebooknya.

Majlis diserikan dengan kehadiran Timbalan Pengerusi Jemaah BAKAT Darat, Haslinda Mohd Ali yang menzahirkan sokongan padu terhadap program tersebut dan menyeru agar lebih ramai lagi ahli BAKAT merebut peluang yang disediakan.
Turut hadir, Rozita Waty Ridzuan, Pengerusi BAKAT 4 Div; Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri & Komuniti JPPKK, Dr. Riam a/p Chau Mai; Pengurus Kanan Strategi & CSR YLTAT, Ruswinti Mahmood, dan Pengurus Strategi & CSR YLTAT, Zarina binti Mohamad.
Pengisian acara ini turut dimeriahkan dengan reruai pameran Kolej Komuniti yang memaparkan info kursus dan demo kemahiran sebagai sebahagian usaha berterusan Yayasan LTAT memperkasakan keluarga ATM melalui ilmu dan peluang baharu.
#YayasanLTAT
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








