JENAYAH & MAHKAMAH

SPRM reman anggota polis disyaki minta, terima rasuah

SEREMBAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan mereman seorang anggota polis kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 daripada satu pasangan suami isteri sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap satu kes pergafuhan melibatkan ahli keluarga pasangan tersebut.

Perintah reman selama empat hari sehingga 3 November terhadap suspek dikeluarkan Majistret Nurul Azuin Mohd Talhah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Jenayah 2, di sini hari ini.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira pukul 10 malam semalam di Ibu Pejabat Polis di salah satu daerah di negeri ini.

Siasatan awal mendapati, suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada 29 Oktober lalu ketika membuat siasatan awal bersabit kes yang melibatkan pasangan suami isteri tersebut di pejabatnya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button