BERITA SEMASA

4 kontraktor senggara pokok di setiap Parlimen -DBKL

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan menyediakan sekurang-kurangnya empat kontraktor bagi kerja-kerja penyenggaraan pokok di setiap Parlimen bagi menangani masalah pokok tumbang yang kerap berlaku ketika ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan kepada beliau oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Kamarulzaman Mat Salleh dalam satu pertemuan, kelmarin.

“Selepas melawat warga Lembah Pantai yang terjejas akibat ribut baru-baru ini, saya bertemu Datuk Bandar di Menara DBKL.

“Kami bincang isu perubahan iklim dan peranan Jabatan Pembangunan Landskap Dan Rekreasi DBKL dalam memastikan penyenggaraan pokok di Kuala Lumpur dapat dilaksanakan dengan baik,” katanya dalam aplikasi X, semalam.

Kejadian pokok tumbang di ibu kota dan sekitar Lembah Klang semakin kerap berlaku sejak kebelakangan ini sehingga meragut nyawa dan menyebabkan kerosakan harta benda.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, DBKL turut berhasrat menyahut seruan perdana menteri untuk menanam 100 pokok bagi setiap pokok yang ditebang, selaras dengan usaha menghijaukan bandaraya dan Malaysia secara amnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button