BERITA SEMASA

Ekonomi digital ASEAN berpotensi cecah US$2 trilion menjelang 2030 – Fahmi

KUALA LUMPUR – Ekonomi digital ASEAN berpotensi mencecah sehingga US$2 trilion (RM8.4 trilion) menjelang 2030 susulan kejayaan rundingan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA) yang dimuktamadkan pada Mei lalu.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, sasaran itu bagaimanapun tidak akan tercapai secara automatik sekiranya ASEAN masih berdepan pasaran digital yang berpecah, jurang akses serta tahap kepercayaan yang lemah.

Beliau berkata, kejayaan integrasi digital serantau perlu diukur berdasarkan sejauh mana aspirasi berkenaan diterjemahkan kepada peluang praktikal kepada masyarakat dan perniagaan di seluruh ASEAN.

ā€œDengan pelaksanaan yang berkesan, ekonomi digital ASEAN boleh mencapai sehingga US$2 trilion menjelang 2030.

ā€œNamun, peluang itu tidak akan direalisasikan secara automatik. Pasaran digital yang berpecah, jurang akses dan kepercayaan yang lemah boleh memperlahankan pelaburan, mengehadkan pertumbuhan dan menyebabkan sesetengah komuniti ketinggalan,ā€ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Persidangan M360 ASEAN 2026 di Hotel Grand Hyatt, di sini hari ini.

Fahmi berkata, Malaysia melihat arah pembangunan digital dengan jelas iaitu memastikan kesalinghubungan diterjemahkan kepada keupayaan, keupayaan kepada keyakinan dan kemajuan negara kepada kekuatan serantau.

Katanya, usaha itu memerlukan pendekatan seluruh kerajaan dan masyarakat memandangkan sektor komunikasi kini menjadi asas bersama kepada penyampaian perkhidmatan awam, inovasi serta perkembangan perusahaan.

“Kejayaan rundingan DEFA pada Mei lalu merupakan perkembangan penting ke arah membentuk ekonomi digital ASEAN yang lebih bersepadu dan berdaya saing.

ā€œUkuran sebenar kejayaan ialah sama ada aspirasi serantau ini diterjemahkan kepada peluang praktikal di seluruh ASEAN,ā€ katanya.

Fahmi berkata, Malaysia akan terus menyumbang kepada agenda itu melalui pengukuhan infrastruktur dan ekosistem digital di peringkat domestik, selain memainkan peranan dalam usaha integrasi digital ASEAN.

Beliau berkata, tema M360 ASEAN 2026, ‘Trusted Digital Integration Powering ASEAN’s Connected Future’ amat bertepatan dengan keperluan memastikan pembangunan digital serantau bukan sahaja pantas tetapi turut dipercayai dan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button