[VIDEO] Sidang Kemuncak ASEAN: Penjawat awam, pelajar diberi kelonggaran kerja dari rumah, laksana PdPR
PUTRAJAYA – Kerajaan memberi kelonggaran kepada penjawat awam yang bekerja di sekitar lokasi berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN dan beberapa mesyuarat besar yang berkaitan dengannya pada akhir bulan ini untuk bekerja dari rumah.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, sejumlah sekolah yang berada dalam laluan Sidang Kemuncak ASEAN akan turut dibenarkan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).
@malaysiatribune Penjawat awam yang bekerja di sekitar lokasi berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN dan beberapa mesyuarat besar yang berkaitan dengannya pada akhir bulan ini, dibenarkan bekerja dari rumah. Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, sejumlah sekolah yang berada dalam laluan yang sama turut dibenarkan untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). #malaysiatribune
Tambahnya, Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengeluarkan senarai penuh sekolah terlibat dalam masa terdekat.
“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan sektor swasta yang berpangkalan dan mempunyai ibu pejabat di kawasan di mana akan berlangsungnya sidang kemuncak adalah digalakkan untuk membenarkan pekerja-pekerja mereka bekerja dari rumah.
“Dalam masa terdekat, pihak polis akan mengumumkan laluan-laluan utama yang akan digunakan antaranya membabitkan kawasan KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur), Lapangan Terbang Subang dan Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang,” katanya.
Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata demikian dalam sidang akhbar mingguannya, di sini hari ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








