BERITA SEMASALUAR NEGARA

Lebih 100,000 penduduk larikan diri akibat konflik Thailand-Kemboja

SURIN – Krisis sempadan antara Thailand dan Kemboja sehingga kini menyaksikan lebih 100,000 penduduk dari empat wilayah berhampiran sempadan berpindah berikutan pertempuran sengit antara kedua-dua negara.

Kementerian Dalam Negeri Thailand berkata, lebih daripada 100,000 penduduk telah dipindahkan ke kira-kira 300 pusat perlindungan sementara yang disediakan.

Kementerian Kesihatan Thailand dalam kenyataannya pula mengesahkan angka korban akibat peperangan itu kini meningkat kepada 14 orang, melibatkan 13 orang awam dan seorang anggota tentera.

Sementara itu, di Bandar Samraong, Kemboja, wartawan AFP melaporkan terdengar tembakan meriam yang terletak hanya 20 kilometer dari sempadan.

Pasukan tentera dilihat mengawal pelancar roket dan bergerak menuju ke sempadan untuk menghadapi serangan seterusnya.

Tentera Thailand melaporkan pertempuran berlaku di enam lokasi, termasuk dua lokasi kuil purba kelmarin dengan serangan balas terhadap Kemboja dilakukan dengan jet F-16.

Sejak tercetusnya konflik skala besar pada 24 Julai lalu, kedua-dua negara saling menuduh pihak lawan sebagai punca tercetusnya pertempuran.

Thailand mendakwa Kemboja telah menyasarkan infrastruktur awam seperti hospital dan stesen minyak, sementara Kemboja menuduh Thailand memulakan tembakan terlebih dahulu.

Sementara itu, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mencadangkan rundingan dan gencatan senjata segera.

Gesaan itu disambut positif oleh kedua-dua negara dengan Kemboja mahukan gencatan senjata diadakan serta-merta manakala Bangkok menunjukkan isyarat sedia berunding.

 

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button