Tiga maut dihempap formasi batu runtuh di Cappadocia
CAPPADOCIA – Tiga orang terbunuh manakala lima lagi cedera selepas sebahagian formasi batu berbentuk menara runtuh di kawasan pelancongan popular Cappadocia, Turkiye, semalam.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.15 petang waktu tempatan berhampiran Muzium Terbuka Göreme, apabila runtuhan batu daripada struktur dikenali sebagai ‘fairy chimney’ menghempap pengunjung di kawasan berkenaan.
Gabenor Nevşehir, Hüseyin Kök berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada tanah runtuh susulan hujan lebat yang melanda kawasan itu.
“Dua mangsa yang maut dikenal pasti sebagai warga Turkiye, manakala seorang lagi merupakan warga asing.
“Pasukan penyelamat dikerahkan ke lokasi bagi mengeluarkan mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan batu.
“Kawasan berkenaan turut ditutup kepada orang ramai bagi membolehkan operasi menyelamat dan pemeriksaan dijalankan,” katanya.

Sementara itu, pihak berkuasa memulakan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Cappadocia merupakan destinasi pelancongan terkenal dengan formasi batuan unik menyerupai menara, bandar bawah tanah dan menjadi lokasi penerbangan belon udara panas.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








