Laporan RCI sebelum ini dibentang menteri bertanggungjawab, bukan PM – Fahmi
PUTRAJAYA – Semua laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang pernah dibentangkan dalam sejarah persidangan Parlimen sebelum ini tidak pernah dibentangkan oleh Perdana Menteri, sebaliknya dilakukan menteri yang bertanggungjawab, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.
Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, perkara itu perlu dijelaskan kepada rakyat bagi mengelakkan kekeliruan berhubung pembentangan laporan RCI Tabung Haji (TH) di Parlimen baru-baru ini.
“Kenapa laporan RCI TH, kenapa dibentangkan dalam Parlimen tanpa Perdana Menteri? Semua laporan RCI dalam sejarah sidang Parlimen terdapat lima atau enam RCI sebelum ini tak pernah dibentang oleh PM kecuali oleh menteri yang bertanggungjawab.
“Jadi menteri yang bertanggungjawab adalah Menteri Agama, dalam kes ini ialah TH, jadi Menteri Agamalah yang kena bentang. Tanggungjawab dia untuk bentang,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi bulan Ogos di sini hari ini.
Pada Selasa minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak tindakan pembangkang yang didakwa lebih memberi tumpuan kepada ketidakhadiran beliau dalam Sidang Khas Dewan Rakyat berbanding isu pengurusan dan pengkhianatan terhadap Tabung Haji (TH).
Dalam hantaran di media sosialnya, Anwar yang pada ketika itu sedang menjalani rawatan perubatan berkata, perkara utama yang sepatutnya diberi perhatian ialah Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji, bukannya keadaan atau kehadiran beliau dalam persidangan khas berkenaan.
Baca juga : RCI Tabung Haji: Syed Saddiq gesa tubuh pasukan khas, audit forensik 14 pelaburan bermasalah
Mengulas lanjut, Fahmi berkata, pembentangan laporan RCI berkenaan adalah penerangan oleh menteri dan tidak berkaitan dengan sebarang usul, manakala laporan itu sendiri mengandungi syor tindakan termasuk laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau berkata, maklumat berkaitan laporan RCI TH perlu diterangkan dengan lebih jelas kepada rakyat supaya mereka memahami perkara yang berlaku dan tindakan yang sedang berjalan.
“Jadi perkara ini pihak TH, Menteri Agama perlu ambil maklumat ini untuk diperjelas kepada rakyat. Apakah perlu PM menjelaskan atau adalah itu kelemahan saya, adakah itu kelemahan kita?
“Saya merasakan ia adalah kelemahan kita bila rakyat tak faham, kurang faham, kurang nampak penterjemahan daripada angka-angka besar,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








