Sekatan media sosial bawah 16 tahun dijangka dilaksana Jun atau Julai depan
KUALA LUMPUR – Pelaksanaan sekatan akses media sosial bagi kanak-kanak berusia bawah 16 tahun dijangka bermula sekitar Jun atau Julai depan sebagai usaha mempertingkatkan perlindungan keselamatan dalam talian.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa cadangan tersebut masih dalam peringkat penelitian dan akan dibentangkan terlebih dahulu sebelum keputusan dimuktamadkan.
“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang melakukan ‘regulatory sandbox’ dengan platform media sosial.
“Ia bagi mengenal pasti mekanisme yang pada ketika ini dilaksanakan penyedia platform, selain menyeragamkan dengan mekanisme yang mungkin kita harapkan,” katanya.
Beliau ditemui media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi, di Putrajaya hari ini.
Tambahnya, MCMC telah mengadakan perbincangan mengenai pelaksanaan sekatan dengan platform media sosial di Singapura dan kini dalam proses penilaian.
“MCMC akan bawa kepada perhatian saya, mungkin dalam seminggu yang akan datang. Kemudian kita akan putuskan, harap akan dapat laksanakan sekatan ini mungkin Jun atau Julai,” ujarnya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








