BERITA SEMASAKEMENTERIAN KOMUNIKASI

Potongan gaji menteri bergantung keputusan PM – Fahmi

KUALA LUMPUR – Sebarang keputusan berhubung pelaksanaan pemotongan gaji menteri bergantung kepada arahan Perdana Menteri, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Menurut Fahmi, jemaah Menteri tidak menolak kemungkinan melaksanakan pemotongan gaji dalam kalangan anggota Kabinet sekiranya keadaan ekonomi negara bertambah meruncing susulan konflik di Asia Barat.

“Saya sedia menerima apa-apa arahan. Malah sejak hari pertama, gaji kami telah pun dipotong. Jadi perkara ini bergantung kepada Perdana Menteri,” katanya selepas merasmikan Kempen Kesedaran Kesihatan Awam Universiti Malaya di Pantai Dalam, di sini hari ini.

Sebelum ini, Anwar dilaporkan menyatakan kerajaan tidak mempunyai halangan untuk mempertimbangkan pemotongan gaji menteri Kabinet sekiranya keadaan ekonomi negara terus meruncing.

Menurut beliau, langkah itu bukan isu besar memandangkan beliau sendiri tidak mengambil gaji sebagai Perdana Menteri.

Walau bagaimanapun, Anwar menegaskan bahawa gaji menteri Kabinet merupakan hak masing-masing selagi mereka melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button