Tindakan pembangkang keluar Dewan Rakyat ketika bahas RCI TH tidak bertanggungjawab – Fahmi
PUTRAJAYA – Datuk Seri Fahmi Fadzil menyifatkan tindakan wakil rakyat pembangkang yang memboikot Sidang Khas Dewan Rakyat bagi membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) di Dewan Rakyat semalam sebagai satu sikap tidak bertanggungjawab terhadap rakyat, khususnya 10 juta pendeposit institusi itu.
Menteri Komunikasi itu berkata, perkara itu amat dikesali memandangkan RCI TH diwujudkan ketika beberapa pemimpin parti terbabit masih berada dalam kerajaan, termasuk Menteri Agama pada ketika itu daripada PAS, namun wakil parti berkenaan tidak hadir untuk membahaskan laporan tersebut.
“Yang saya kesali mereka langsung tidak mahu hadir untuk membahaskan dan ini saya rasa berbeza cukup berbeza sikap dengan wakil rakyat Ahli Parlimen Muar (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman) dan juga Ahli Parlimen dari Parti BERSATU selain daripada Ahli Parlimen Bebas.
“Setidak-tidaknya pihak Ahli-Ahli Parlimen dari Parti BERSATU telah menjalankan fungsi mereka semalam dalam sidang khas Dewan Rakyat untuk membahaskan laporan RCI Tabung Haji berbeza dengan sikap parti-parti pembangkang yang lain dari Perikatan Nasional,” katanya.
Baca juga : Boikot RCI Tabung Haji bermakna boikot amanah jutaan pendeposit – Syed Saddiq
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Sumbangam Penajaan Rakan Strategik Sambutan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026, di sini hari ini.
Semalam, Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin bertindak keluar Dewan Rakyat dan tidak mengambil bahagian dalam perbahasan laporan RCI TH yang dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifi Hasan.
Keptusan itu dibuat selepas usul mereka untuk menangguhkan sidang khas berkenaan ditolak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Sidang khas itu membuka ruang kepada Ahli Parlimen untuk meneliti laporan setebal 211 halaman itu yang didedahkan kepada umum pada 29 Julai selepas kerajaan memutuskan ia perlu diketahui rakyat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








