Lantikan Wan Suraya sebagai Ketua Audit Negara sah – Fahmi
PUTRAJAYA – Pelantikan Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi sebagai Ketua Audit Negara adalah sah dan menepati Perlembagaan Persekutuan kerana beliau bukan lagi penjawat awam semasa menerima jawatan tersebut.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dijelaskan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan hari ini.
“Tan Sri KSN memaklumkan Datuk Seri Wan Suraya telah berhenti menjadi penjawat awam ketika bersetuju untuk dilantik sebagai Ketua Audit Negara. Maka tidak timbul isu pelantikan beliau dibuat semasa masih dalam perkhidmatan,” katanya dalam sidang media di Kementerian Komunikasi hari ini.
Menurut Fahmi, penjelasan itu sekaligus menolak dakwaan pelantikan Wan Suraya tidak sah atau bercanggah dengan peruntukan undang-undang.
“Dari segi Perlembagaan, pelantikan itu sah dan menepati semua ketetapan yang termaktub,” katanya lagi.
Pelantikan Wan Suraya sebelum ini mencetuskan perdebatan dalam kalangan pihak tertentu yang mempertikai kesahihannya kerana dikatakan masih berstatus penjawat awam ketika dilantik.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








