Krisis Negeri Sembilan: PH kesal tindakan 14 ADUN BN, tolak pengkhianatan politik
KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) menzahirkan rasa kesal terhadap tindakan 14 ADUN UMNO Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan yang didakwa cuba menukar pentadbiran kerajaan negeri menerusi langkah tebuk atap.
Pengarah Komunikasi PH, Datuk Fahmi Fadzil berkata, PH menolak keras sebarang bentuk pengkhianatan politik yang bertujuan mengambil alih pentadbiran negeri tanpa mengambil kira kepentingan rakyat dan kestabilan politik semasa.
Menurut beliau, tindakan tersebut bukan sahaja tidak berkait langsung dengan prestasi Menteri Besar, malah dilakukan ketika kerajaan sedang berdepan cabaran besar termasuk krisis bekalan global dan usaha memulihkan ekonomi rakyat.
“Langkah ini jelas tidak menghayati semangat Kerajaan Perpaduan dan dilakukan tanpa mempedulikan kebajikan rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu katanya, PH turut menegaskan komitmennya untuk terus menyokong pentadbiran kerajaan negeri seperti yang telah dimaklumkan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, dengan memastikan pentadbiran di bawah kepimpinan Menteri Besar berjalan seperti biasa.
Selain itu katanya, PH akan terus memberi kerjasama penuh demi kestabilan ekonomi negeri serta kebajikan rakyat, di samping mempertahankan peranan dan fungsi institusi Raja-Raja Melayu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








