BERITA SEMASA

SALAM Shah Alam, MAHSA University jalin kerjasama perkukuh sektor kesihatan

SHAH ALAM – Kerjasama antara institusi pendidikan tinggi dan penyedia perkhidmatan kesihatan terus diperkukuh menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara SALAM Shah Alam Specialist Hospital (SSASH) dengan MAHSA University.

Kerjasama strategik itu membuka ruang kepada kedua-dua institusi untuk meneroka pelbagai peluang kolaborasi yang berpotensi memberi manfaat dalam bidang pendidikan, pembangunan profesional serta sektor penjagaan kesihatan.

Ketua Pegawai Eksekutif SALAM Shah Alam Specialist Hospital, Akim Affandi Ahmad berkata, pihaknya menghargai kepercayaan dan kesediaan MAHSA University untuk menjalinkan kerjasama berkenaan.

“Kami amat menghargai kepercayaan dan kesediaan MAHSA University untuk menjalinkan kerjasama strategik bersama SALAM Shah Alam Specialist Hospital.

“Kami percaya hubungan ini merupakan satu langkah positif dalam membina jaringan kerjasama yang kukuh dan membuka ruang kepada pelbagai peluang yang memberi manfaat kepada kedua-dua institusi,” katanya dalam kenyataan.

Pemeteraian MoU itu mencerminkan komitmen bersama kedua-dua pihak untuk membina hubungan kerjasama yang berterusan, selain meneroka peluang bersesuaian dengan kepakaran serta matlamat masing-masing.

SALAM Shah Alam Specialist Hospital dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya melihat MAHSA University sebagai rakan kolaborasi berpotensi dalam memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan dan penyedia perkhidmatan kesihatan.

Kedua-dua institusi berharap kerjasama itu dapat menjadi asas kepada hubungan jangka panjang yang produktif dan saling menguntungkan, selain menyokong usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan serta pembangunan sektor penjagaan kesihatan.

Inisiatif berkenaan turut mencerminkan komitmen SALAM Shah Alam Specialist Hospital untuk terus menjalin hubungan strategik dengan institusi yang mempunyai aspirasi sama dalam mewujudkan impak positif kepada masyarakat.

Untuk rekod, SALAM Shah Alam Specialist Hospital ialah hospital pakar swasta milik Bumiputera di bawah pengurusan SALAM Group of Hospitals yang ditubuhkan pada 2003.

Hospital itu menawarkan perkhidmatan penjagaan kesihatan multidisiplin dengan komitmen menyediakan perkhidmatan berkualiti, mampu milik dan berfokuskan pesakit.

Ia turut memiliki akreditasi pensijilan QMS ISO 9001:2015 daripada SIRIM dan terus berusaha memperkukuh kedudukannya sebagai penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan yang dipercayai masyarakat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button