BERITA SEMASAPMX

Sistem kewangan serantau tingkatkan kebebasan ekonomi ASEAN – PM Anwar

JAKARTA – ASEAN memerlukan satu sistem kewangan serantau yang mampu menangani ketidakpastian di dalam ekonomi sejagat dan risiko kewangan selain mampu meningkatkan kebebasan ekonomi serantau dan jaringan keselamatan.

Perkara itu ditegaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga Ke-26, semalam.

Perdana Menteri turut menyuarakan kebimbangan mengenai keterjaminan makanan dan gesaan untuk meningkatkan kerjasama dalam pertanian pintar, terutamanya tumpuan kepada pekebun kecil.

Beliau kemudiannya turut menggesa kerjasama dengan China, Jepun serta Korea Selatan dalam pembangunan tenaga boleh diperbaharui, aset kepelbagaian biologi dan aplikasi teknologi pertanian.

Kata Anwar, beliau menyambut baik penerimagunaan Kenyataan Pemimpin ASEAN Campur Tiga terhadap Pembangunan Ekosistem Kenderaan Elektrik.

Mesyuarat itu dihadiri Perdana Menteri China, Li Qiang; Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida; Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol dan dipimpin Presiden Indonesia, Joko Widodo.

Anwar mengetuai delegasi Malaysia dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-43 yang berakhir hari ini.

Ia sidang kemuncak pertama beliau dengan rakan dialog ASEAN iaitu Australia, China, Jepun, India, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Kanada.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button