Malaysia–Sri Lanka sepakat perkukuh kerjasama dua hala
KUALA LUMPUR – Malaysia dan Sri Lanka sepakat untuk memperkukuh kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang strategik termasuk perdagangan, pelancongan, pendidikan dan tenaga kerja mahir.
Perkara itu dipersetujui dalam pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Pekerjaan Luar Negara dan Pelancongan Sri Lanka, Vijitha Herath yang mengadakan kunjungan hormat sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 (AMM) di ibu negara.

Perdana Menteri berkata, hubungan erat antara kedua-dua negara bukan sahaja memberi manfaat bersama tetapi turut menyumbang kepada kestabilan dan pembangunan rantau ini.
“Saya turut menyatakan penghargaan terhadap sumbangan berterusan Sri Lanka dalam membentuk masa depan rantau yang lebih inklusif, aman dan sejahtera,” kata Anwar menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Anwar turut menegaskan komitmen Malaysia untuk terus bekerjasama rapat dengan Sri Lanka demi mencapai kemajuan bersama dan memperkukuh komuniti ASEAN yang bersatu, makmur dan berdaya tahan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








