BERITA SEMASAPMX

Anwar kesal ada pihak pertikai usaha sukarelawan Malaysia bantu rakyat Palestin

PUTRAJAYA – Keberanian sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan ke Gaza menerusi flotila bantuan disifatkan sebagai satu bentuk pengorbanan besar, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, tindakan segelintir pihak yang mempertikaikan usaha sukarelawan tempatan dalam membantu rakyat Palestin adalah tidak wajar memandangkan perjuangan mereka membawa semangat kemanusiaan sejagat.

“Tak semua orang sanggup gadai nyawa bertarung untuk bantu rakyat Gaza. Jadi, kepada yang bantu, kita ucap terima kasih dan doakan mereka,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Fathurrahman, Presint 11 di sini, hari ini.

Mengulas mengenai sembilan rakyat Malaysia yang ditahan di Israel kerana menyertai misi kemanusiaan itu, Anwar memaklumkan bahawa perkembangan terkini berhubung situasi mereka akan diketahui dalam masa terdekat.

“Rakan-rakan kita sembilan orang itu sedang kita urus dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dan kita doakan, insya-Allah mereka akan sampai ke Istanbul.

“Dia (wakil Turkiye) janji telefon pukul 3.30 petang ini. Jadi, saya umum (perkembangan lanjut) dalam Belanjawan nanti,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan penerbangan membawa 95 individu dipercayai aktivis misi Freedom Flotilla Coalition bersama Thousand Madleens to Gaza (FFC x TMTG) termasuk sembilan rakyat Malaysia dijangka tiba di Turkiye hari ini.

Perkembangan itu dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman atau dikenali sebagai Nadir Al-Nuri yang mendapat maklumat daripada Kementerian Luar Turkiye.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button