PM bergurau minta semak keahlian UMNO
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat berjenaka mengenai keahliannya di dalam UMNO ketika melawat kaunter parti itu semalam.
Perkara itu dikongsi Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melalui hantaran di Facebook hari ini.
“Cuba check (semak) keahlian saya masih ada atau tidak?” tulisnya.
Menurut beliau, Perdana Menteri hadir ke Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur bagi merasmikan Sambutan Ulang-Tahun Majlis Amanah Rakyat (Mara) ke-60.
Justeru, beliau sempat meminta Anwar yang melalui reruai itu supaya hadir ke kaunter pendaftaran UMNO.
“Datuk Seri, singgah sekejap di kaunter UMNO. Kaunter paling sibuk sekali di WTC ni, selepas lebih 15 ribu berdaftar semenjak pendaftaran online ahli baharu UMNO dibuka 10 hari lepas,” kongsinya lagi.
Beliau yang juga Pengerusi MARA berkata, ketika singgah di reruai tersebut, Anwar sempat berseloroh dan menyapa staf yang sedang sibuk melayani ahli-ahli baharu yang tak putus-putus hadir untuk mendapatkan kad keahlian UMNO.
Untuk rekod, Anwar sebelum ini pernah menyandang jawatan penting dalam UMNO termasuk Ketua Pemuda UMNO (1982), Ahli Majlis Tertinggi, Naib Presiden dan Timbalan Presiden UMNO sebelum dipecat pada 1998.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








