Jerebu: 33 kawasan di seluruh negara rekod IPU tidak sihat
KUALA LUMPUR – Sebanyak 33 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat hari ini, dengan Batu Pahat, Johor mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 190.
Berdasarkan data terkini Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), beberapa kawasan di Johor turut merekodkan bacaan tinggi termasuk Tangkak dengan IPU 186, Larkin (185), Pasir Gudang (184), Segamat (181), Kluang (177), Kota Tinggi (172) dan Pengerang (169).
Di Negeri Sembilan, Seremban mencatatkan bacaan IPU 183, diikuti Nilai (179) dan Port Dickson (164).
Sementara itu, tiga kawasan di Melaka turut mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu Bukit Rambai dengan IPU 175, manakala Alor Gajah dan Bandaraya Melaka masing-masing merekodkan bacaan 173.
Di Lembah Klang, Cheras merekodkan bacaan IPU 175, diikuti Batu Muda (169), Putrajaya dan Shah Alam masing-masing 167, Johan Setia (165), Petaling Jaya (161), Klang (157), Banting (154) serta Kuala Selangor (152).
Di Perak, Tasek Ipoh mencatatkan bacaan IPU 174, diikuti Pegoh Ipoh (170), Tanjung Malim (168) dan Seri Manjung (152).
Bagi Pahang, Rompin merekodkan bacaan IPU 168, manakala Indera Mahkota di Kuantan mencatatkan 141 dan Temerloh (139).
Di negeri lain, Seberang Perai, Pulau Pinang merekodkan bacaan IPU 123, manakala di Sarawak, Kuching mencatatkan 153 dan Samarahan (109).
Orang ramai disaran memantau bacaan IPU semasa menerusi portal APIMS Jabatan Alam Sekitar serta mengehadkan aktiviti luar sekiranya keadaan jerebu bertambah buruk.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








